Rizuan?? Patutlah dia tergesa-gesa macam lipas kudung je tadi,memang dia handsome pun tak dapat dinafikan langsung. Sedang Rizuan menyampaikan ucapan,matanya seolah-olah memandang tepat ke mataku. Apakah perasaanku saja ni tapi memang betullah. Bangun raudhah! Mane lah dia tengok kau! Gerak hatiku.
Bagi menutup maluku pada Rizuan,aku segera meninggalkan majlis tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi.
Ditepi pantai..
Angin yang berlagu sepi meniup selendangku membuatkan hujung selendangku terbang dibuai angina dan kubiarkan saja. Tiba-tiba aku teringatkan akan mak dan ayahku dikampung,keluargaku bukanlah berada mana pun cukup-cukup makan asalkan halal. Mak dan ayah mengusahakan sebuah kedai makan dan kedai runcit yang kini agak maju memandangkan kedai kami adalah salah satu kedai terbesar di kampung itu. Masihku ingat lagi,hubunganku dengan shahful kekasih pertamaku dikampung dulu. Hubungan yang tidak sampai kemana terhenti ditengah jalan pabila pihak ketiga cuba merampas hati shahful daripadaku. Bila ku ingat-ingat lagi,pedih dan geram dibuatnya. Kalau mama shahful tidak mendengar hasutan pihak ketiga dulu,mungkin sekarang aku bahagia bersama shahful. Tidak dinafikan hatiku pada shahful masih padanya lagi,tidak dapatku buang perasaan ini. Aku hargai ya allah.
Sehingga sekarang aku sukar untuk menerima sesiapa untuk menakluk hatiku pada shahful kecuali Allah. Semenjak kejadian itu,pihak ketiga itu cuba menghasut mak dan ayahku yang mengatakan aku tidak suci lagi kerana kesucian itu sudah pada shahful. Hatiku berkecai pabila shahful tidak menafikan semua itu,aku hairan mengapa shahful berbuat begitu padaku dan tergamak melihat aku derita dan sedih. mak dan ayahku turut tidak mempercayaiku hanya kerana aku tiada kesucian lagi dan memalukan maruah keluargaku. Cerita pasal maruah kesucianku hanya allah yang tahu. Kerana itu juga,aku melarikan diri ke kuala Lumpur bagi menutup malu keluargaku dan mencemarkan perniagaan mak dan ayahku. Sampai sekarang aku masih sendiri tanpa bertemankan mak ayah di sisiku. Tiba-tiba butir-butir jernih mengalir dipipiku. Dalam hatiku berdoa pada-Nya,ya allah..kuatkan iman dan kesabaran dalam menghadapi dugaanmu ini ya allah. Aku hilang kasih sayang dari seorang kekasih dan mak ayahku,tiada tempat untukku megadu selain Allah yang maha esa. Terima kasih Ya Allah. Makin deras airmataku mengalir.
“Assalamualaikum,u sedih ke?”,sapa Rizuan. Cepat-cepat aku mengelap airmataku dengan lengan bajuku bagi menyembunyikan kesedihanku dan terpaksa melepaskan satu senyuman pada Rizuan.
“cantik awak hari ni,pertama kali I tengok u bagi snyuman u kat i. Manis sangat,amalkan selalu k?” sambungnya lagi.
Aku mengucupkankan kembali senyumanku tadi yang agak kecil. Bila masa pulak aku boleh bagi senyuman kat dia ni?? Aku perlu bertegas pada lelaki,jangan sampai dia naik kepala. Tegasku lagi.
Tiba-tiba kancing tudung ku terlepas dari kain selendangku membuatkan selendangku dibuai angin. Rizuan lantas mengutip kancing tudungku dan cuba mengatur kembali pada selendangku. Aku ketawa kecil,mana ada org letak kancing tudung kat bahagian telinga. Ape lah dia ni,nak tolong tapi salah tempat. Semacam bunga kembang je kancing yang dia letak tu.
“Kenapa u letak kat telinga i?? u ni tak pernah tengok orang bertudung ke??” tanyaku.
“Aikkk! Bukan kat telinga ke?? Kalau free hair pun letak kat telinga. Sweet whats?? Laaa..senyum camni kan cantik.” Tanya nya lagi sambil menyelitkan pujian terhadapku. Manalah aku cantik sangat berbanding orang kat luar sana . Apalah mamat ni.
“Tu tak bertudung. Lainlah i. terima kasih ‘penolong pengurus’. U ikut I erk? Kat situ ada I,mesti u ade jugak??”,tanyaku agak kasar tanpa menghiraukan pangkatnya di Pulau ini.
“Sebab hati u kat hati I,hati I ada GPS tau dapat mengesan mana u berada. Awas tau,kalau u lari.” Terangnya sambil ketawa yang menampakkan lesung pipitnya. Handsomenya dia,subhanallah.
“Dan sekarang pantai yang indah menjadi saksi..i nak melamar u. I tak pernah jatuh cinta selain u.”,kata-kata yang rizuan sambung mengelukan lidahku. Serius ke dia ni? Ntah-ntah mainan dia je. Ya Allah,apa yang perlu aku buat?
Bersambung..
No comments:
Post a Comment