Saturday 4 February 2012

Goresan cinta Anisya

Anisya terguris dan terkedu dengan kata-kata ayahnya sebentar tadi,darahnya seolah-olah naik ke atas membuatkan kepalanya menjadi berat.Ayah Anisya tidak merestui hubungan suci Anisya dan Zain dan Anisya sendiri tidak tahu kenapa ayahnya tidak merestui hubungan mereka.
“kalau kau nak jugak dengan lelaki tu,kau jangan pernah datang ke rumah ayah lagi dan jangan persoalkan kenapa ayah tidak suka.faham?” bentak ayah Anisya.Bahang kemarahan ayah Anisya dapatnya rasai dan tiada nafas lagi untuk ketenangan mencelah.

Harapan anisya untuk mendirikan masjid bersama Zain berkecai bagai kaca yang terhempas kebawah dan tidak kelihatan lagi kehalusan kaca yang selebihnya.Anisya juga faham akan ayahnya,seorang yang tegas dan akan menerima dan memberi apa yang terbaik untuk anaknya.Airmata Anisya yang tadi mengalir deras dipipinya,dilap dengan jari jemari halusnya.

“Terima kasih ayah,”jawapan Anisya sebaik saja melihat ayahnya tidak bersuara lagi.Tanpa restu orang tua,takkan bahagia satu perhubungan itu baginya dan juga orang lain diluar sana.Anisya hanya mampu pasrah dan berdoa agar Allah lembutkan hati ayahnya suatu hari nanti.

Anisya segera berlari anak kebiliknya dan tidak mampu berfikir apa-apa lagi.Apa yang dihadapinya sekarang ialah musnah.

“Nisya,sabar lah ek?jangan bantah cakap ayah,terima padanya nanti,”pujuk kakaknya,Alyna yang sentiasa faham akan ayah mereka bagaimana.
Anisya hanya mampu mengangguk.

Dibalik malam yang sunyi,Anisya menghadap langit yang terang dan disaksikan bulan yang menyinar.Anisya tidak tahu apa penjelasan yang patut dia bagitahu Zain keesokkan harinya.Anisya buntu dan kesal mengenang apa yang terjadi tadi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Anisya meninggalkan rumah awal pada hari ini,dia tidak sanggup melihat wajah bengis ayahnya dulu.dia biarkan hatinya reda daripada hujan marah pada ayahnya.Sarapan pagi tidaknya jamah kerana ketiadaan seleranya pada saat itu,dia tidak tahu apa yang perlu dibuat dan dijelaskan pada zain nanti.Dia buntu akan keadaan itu.

Jam masih awal untuk ke pejabat,Anisya singgah ke cafĂ© untuk sarapan dan merehatkan minda dari kecelaruan.Dari jauh,anisya dapat agak siapa yang sedang berjalan menuju ke arah mejanya dan disaat itu juga  hati Anisya mula gentar.

Wajah zain agak berseri pada pagi itu,dapat lihat wajahnya yang menanti jawapan daripada Anisya tentang lamarannya minggu lepas.Senyumannya yang memikat hati siapa saja yang memandang membuatkan Anisya tidak sanggup untuk berterus-terang.

“asslamualaikum sayang,sorang je?kenapa tak call yang awak turun awal jugak hari ni.kalau tak,bolehlah saya prepared,” ketawa kecil mengakhiri kata-kata Zain kepada Anisya.Anisya melepaskan sedikit senyuman padanya,terpaksa dilepaskan bagi menggembirakan zain.

“sorry..saya tak rancang pun nak turun awal.awak..ada benda nak cakap kat awak,” anisya memulakan perbicarannya tentang jawapannya lalu zain meraih tangan anisya dan zain genggam dengan rapi bagi menenangkan hati anisya dan hatinya.senyuman yang terukir dibibir zain sangat ikhlas dan tenang.Apa akan terjadi pada senyuman itu jika Anisya memberitahu yang ayahnya tidak merestui hubungan mereka dan akan membatalkan perkahwinan yang sudah mereka rancang.Kasih sayang zain pada Anisya dapatnya rasai dengan genggaman tangannya.

“apa tu sayang?let me guess,answer for my proposal right?Cakaplah awak,saya terima apa saja,”nada percakapan zain tiba-tiba sayu.Anisya serba salah untuk menyuarakan,anisya buntu dan celaru tapi tidak kelihatan pada riak wajah anisya tapi pada hatinya yang sayu.Andai diberi peluang untuk mati hidup semula,rela Anisya tempuhi kematian dan hidup kembali untuk Zain tetapi bukan ‘AINUL ANISYA ‘ lagi.

“sorry sayang..kita batalkan perkahwinan kita.im so sorry and don’t ask me what a reason please,” akhirnya anisya suarakan juga walaupun perit.Terbentang wajah zain hampa.genggamannya tadi,Zain leraikan tanda hampa dengan jawapan anisya sebentar tadi.zain benar-benar tidak menyangka apa yang akan berlaku itu.

“im joking with you sayang,im accept your proposal but not this time.im not ready.sorry awak,main-main je tadi.saya akan fikirkan tarikh perkahwinan kita ok?,”sambung anisya lagi.anisya tidak sanggup melihat wajah orang yang dia sayangi sedih dan hampa.

Hubungan anisya dan zain sudah berputik selama 2 tahun yang lalu,dalam 2 tahun itula mereka telah mengenali satu sama lain dan merasa keserasian dan kimia dalam diri mereka berdua.Demi cinta dan demi menjaga hati Zain,Anisya terpaksa menipu kepada Zain tentang perkahwinan mereka.Anisya raih kembali tangan Zain yang sebentar tadi dileraikan dari tangannya.

Zain tatap mata Anisya setajam-tajamnya membuatkan panahan itu menusuk tajam kedalam hatinya.Zain sangat sayangkan Anisya dengan sepenuh jiwa dan raganya.

“Anisya,walau apa-apa pun terjadi,saya sanggup redahinya dengan keikhlasan hati saya ini.Anisya lah jantung zain sejak 2 tahun dulu.Dan,saya akan tunggu sampai bila-bila sehingga asalkan saya dapat bersama Anisya.Percayalah Anisya..” kata-kata yang keluar dari mulut Zain amat membuatkan Anisya mengalirkan airmata.Anisya tidak pernah percaya lelaki lain selain zain,Anisya seorang yang sukar untuk dipikat dan dirayu.Zain kucup tangan Anisya dengan lembut dan mengelap butir-butir jernih dipipinya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Seminggu yang berlalu,tidak dirasai Anisya dengan kerja pejabatnya yang melambak dan jadualnya yang padat bertemu dengan pelanggan.Tambahan pula,ketiadaan ayahnya di Malaysia membuatkan Anisya dan Alyna sibuk dipejabat menguruskan syarikat ayahnya yang sedang membangun.

Apa lagi berita yang dibawa oleh ayahnya yang anak kawannya  di Australia ingin membuat ikatan antara syarikat dalam negeri dan luar Negara akan berkhidmat di syarikat mereka.Bertambah kusut Anisya dan Alyna bagi menyediakan seberapa banyak idea dan kertas kerja untuk dibentangkan pada ayah mereka minggu hadapan.Sehinggakan sms dan panggilan dari Zain tidak dapat Anisya jawab dengan kesibukkannya.Ini kerana kerja ayahnya lebih penting bagi mengelakkan amarah ayahnya datang lagi.

Sudah 2 minggu Anisya tidak membalas sms dari zain,zain terasa hati dengan anisya yang mementingkan kerjayanya dari dirinya.Ini disebabkan,Zain Anisya tidak pernah menceritakan perihal sifat ayahnya dalam keluarganya.Mungkin kerana kehilangan,isteri Encik Ismail(ayah Anisya) membuatkannya lebih kuat dan tegas.Mereka sendiri tidak tahu sebabnya.Zain hanya menanti jawapan pasti dari Anisya tentang tarikh perkahwinan Anisya dan Zain.Zain redha apa-apa yang akan berlaku.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hari ini ialah hari majlis rasmi untuk Rafael,anak kepada kawan Encik ismail ke syarikat mereka bagi meningkatkan prestasi syarikat Encik Ismail.Encik Farid papa kepada Rafael juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Dalam diam tak diam,Zain turut berada dimajlis itu bagi mewakili syarikat mereka tanpa diketahui Anisya.Zain sengaja tidak memberitahu Anisya kerana ingin membuat kejutan untuk Anisya dengan kehadirannya disitu.

“..Hari ini juga,saya telah memuktamadkan keputusan saya untuk kejutan anak-anak saya.Dan juga,bagi mengeratkan lagi hubungan saya dan Encik Farid,saya dan beliau telah berbincangkan akan mengahwini anak kami..” ucapan Encik Ismail dapat Anisya dengari.Ayahnya ingin menjodohkan anaknya,Anisya yakin yang Alyna yang akan dikahwinkan dengan Rafael sebab Alyna sebaya dengan Rafael.Anisya membuka luas-luas cuping telinganya.

“..saya amat berbesar hati ingin menjemput Rafael dan anak saya Anisya untuk naik ke pentas bagi memperkenalkan diri mereka.Anisya dan Rafael sudah lama kenal antara satu sama lain.Terima kasih,” ucapan encik ismail sebentar tadi sangat menyedihkan Anisya.Tegarnya hati seorang ayah yang mementingka diri sendiri sanggup melihat anaknya deritakan perasaan anak.Anisya terkedu untuk kali kedua,airmata ingin saja mengalir tapi Anisya tahan dengan sebak

Dari jauh,Zain sedang memerhati Anisya.Dalam hati berkata,patutlah 2 minggu berlalu tanpa sebarang berita dan jawapan pernikahan.Anisya yang baru saja perasan akan kehadiran Zain dimajlis itu menoleh untuk memastikan yang itu adalah Zain.Zain terkesima,seolah-olah dipermainkan seorang wanita yang soleh baginya.

Anisya melihat wajah zain yang kesedihan dan terkejut dengan ucapan tadi,Zain segera meninggalkan majlis itu.Anisya melihat zain sedang berjalan menuju pintu keluar,bangkit dari tempat duduknya tanpa menghiraukan namanya dipanggil untuk kepentas.

Anisya berlari anak mendapatkan Zain,semakin laju langkahnya,semakin laju zain meninggalkan anisya.zain merasakan dipermainkan,airmata yang anisya kandung tadi mengalir dipipi gebunya.Anisya tidak bertahan lagi untuk mengejar zain kehadapan,anisya terduduk di atas rumput taman berdekatan dengan pejabatnya tadi.Zain memberhentikan langkahnya dan menoleh Anisya yang tersedu-sedu menangis tidak sanggup melihat orang yang dia sayang menangis terhadapnya.

Anisya meratap sayu wajah Zain dalam-dalam,zain masih lagi dengan keegoaanya sebagai seorang lelaki.Zain benar-benar berdiri dihapan Anisya dengan wajah yang agak kecewa dengan permainan keluarga anisya.

“Zain..tolong maafkan anisya zain.anisya tak berniat nak permainkan zain,zain tak faham akan anisya.Anisya tidak tahu semua ini..,” kata anisya,airmata anisya mengalir laju dipipinya.diraihnya pergelangan tangan zain tanda kemaafannya terhadap zain.

“zain tak sangka yang nisya sanggup permainkan hati zain.zain tak pernah percayakan perempuan lain selain nisya.seminggu suntuk zain tunggu jawapan dari nisya dan ini jawapannya.zain faham kenapa nisya nak batalkan pernikahan kita.kalau nisya nak tahu,zain dah buat sedikit persediaan untuk pernikahan kita nisya.zain beli rumah untuk kita dan zain yakinkan mak abah zain akan keikhlasan nisya tapi zain salah nisya,”jelas zain panjang hampa dengan apa yang terjadi.Anisya mendongakkan kepala kearah zain dan mendengar penjelasan dari zain.airmata anisya tidak berhenti dari terus mengalir,ditatapnya penuh sayang wajah zain dan zain seolah-olah menolah ke arah lain.

“zainnnnnn..nisya akan jelaskan pada zain..nisya sayang zain..,” sedikit penjelasan dari anisya.Zain yang sedia untuk melangkah meninggalkan anisya segera dia paut dan zain cuba untuk melepaskan jari-jemari anisya dari memaut kakinya.akhirnya Berjaya dilepaskan jua.

“Zain..nisya belum habis jelaskan..” airmata dan keseduan anisya,zain tinggalkan.Tanpa menoleh belakang laki zain meninggalkan Anisya disitu,airmata zain sedikit demi sedikit jatuh hampa dengan jawapan yang anisya berikan padanya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Minggu depan majlis perkahwinan Rafael dan Anisya akan dilangsungkan,jangan sesiapa yang bantah keputusan ayah,” kata ayahnya selepas menjamu selera diruang makan.

“Ayah..Anisya tak bahagia dengan keputusan ayah.” Tiba-tiba suara Anisya mencelah,Alyna tergamam dengan keberanian adiknya.

“Nobody can protest my..,”belum habis ayah menghabiskan katanya,anisya memotong.

“ayah lagi sanggup melihat anak derita daripada bahagia kan ayah?kalau ayah rasa sendiri..,”

Papppp! Encik Ismail melepaskan tamparan kepipi Anisya.Alyna tergamam.Alyna cuba menahan ayahnya tapi gagal.

“Berani kau menjawab?berani kau nak suruh ayah rasa sendiri?kalau kau nak tahu,ayah dah rasa semua tu.aku paling pantang anak menjawab kata-kata aku.faham?,” pintal Encik ismail disambung Anisya.

“Ayah..Anisya bukan nak biadap dengan ayah tapi sampai bila kami nak macamni?,” Tanya Anisya dengan airmata yang berjurai dipipinya.Satu lagi tamparan kepipinya tetapi sekarang makin deras.Anisya tahan dengan sabar demi cintanya.Encik Ismail segera meninggalkan ruang tamu tetapi Anisya cuba sujud dikakinya tanda ingin direstui oleh ayahnya.Encik Ismail menepis kakinya membuatkan Anisya tersandar pada meja,kepalanya terhantuk pada sudut meja.Pasu disudut meja jatuh menimpa Anisya.Kepalanya berdarah dan pandangannya kabur.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Sebaik saja sedar dari pengsan 2 hari lepas,Anisya melihat ayahnya dihadapannya.Menyedari Anisya tersedar dari pengsannya,Encik Ismail memanggil doktor dan segera meninggalkan Anisya dan Alyna di wad itu.Encik ismail masih berkeras untuk mengahwini Rafael dan Anisya.Tiba-tiba Anisya teringat pada Zain,dia lantas mengambil telefon dari tangan kakaknya dan menekan nombor Zain.

“Zain..nisya kat hospital sekarang..nisya nak jelaskan sesuatu.Nisya merayu pada Zain..,” belum habis Anisya menjelaskan pada Zain.

Tuuttt! Tuttt! Tanda Zain telah menamatkan panggilan Anisya.Anisya menangis untuk kesekian kalinya.Anisya berdoa agar diberi petunjuk atas apa yang berlaku dan hidayah mana jalan yang terbaik bagi Anisya teruskan hidupnya.

“Akakkkkk..Nisya nak mati je kak.Nisya dah tak tahan lagi dah.semua orang tak faham Nisya!!,” jerit  Anisya sambil sebelah tangannya menarik wayar penyambung ke peyambung darah tambahan yang tergantung.

Alatan dan monitor yang ditarik Anisya tadi turut jatuh dan menyebabkan alatan itu jatuh.Anisya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kepalanya terhantuk sekali laginya.

Alyna yang tadi keluar dari bilik air segera memanggil cemas jururawat dan doktor bagi menyelamatkan adiknya.Apa yang Alyna dapat lihat adalah darah yang mengalir dilantai dan adiknya terbaring dilantai bilik hospital.Alyna berdoa.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dua hari berlalu..
Rafael kelihatan gelisah akan apa yang terjadi pada Anisya,sungguhpun sudah bertahun tidak berjumpa tetapi Rafael tidak menafikan sefahaman antara dia dan Anisya.Rafael cuba mengawal diri dari belenggu resah dalam dirinya tentang ‘bakal isteri’ nya itu.Entah mengapa sedetik saja hatinya sayu melihat wajah seorang wanita suci dan bekerjaya seperti Anisya.Dia kecundang akan perasaannya sendiri.

Rafael menatap dalam wajah Anisya yang terbujur kaku dihadapannya.Perasaan simpati dan sayang timbul dengan hanya melihat wajahnya yang nan ayu dan suci,sangat berbeza dengannya yang kaki botol dan kaki perempuan dahulu kala.Rafael mengusap wajah jelita Anisya dan cuba memahami perasaan Anisya walaupun Anisya masih tidak sedarkan diri.

“Anisya..namamu dulu pernah terukir pada bibirku dahulu kala.kau pernah menjadi suri pada hatiku dulu,aku terbuai dek godaan dunia.aku kabur anisya..Aku akan jaga kau seperti dulu,seperti kau pernah menjaga aku dulu..” perkataan yang keluar dari mulut Rafael amat sayu dan kesal akan perbuatannya sendiri.Dulu dia pernah mempermainkan perasaan Anisya yang terlanjur sayang padanya dengan sepenuh hati Anisya.Anisya mendapat tahu daripada kakaknya dan segera meninggalkan Australia dengan hati yang terluka.Disaat bahagia mendatang,disaat itu juga goresan akan terjadi menjadikan goresan itu mejadi luka yang parah pada diri Anisya.

Rafael genggam erat tangan Anisya dengan penuh kekesalan dalam dirinya.Dia menyesal yang teramat.

Tokk tokk!

Ketukan pintu mengejutkan Rafael dari kesedihan,dia menoleh ke pintu.Rafael melihat seorang lelaki yang tidak pernah dia lihat sebelum ini dan janggal seketika.Genggaman tangan Anisya masih lagi erat malah lagi kuat genggamannya kali ini petanda dia tidak mahu lelaki yang datang itu mendekati Anisya tanpanya.

“Anisya..”satu perkataan yang keluar dari mulut Zain apabila melihat jasad Anisya yang terbaring di baringan katil.Kesal menyelubungi diri Zain dengan ketidak percayaannya terhadap penjelasan perempuan itu yang mengatakan dia sakit.

Zain cuba mendekati Rafael dan Anisya,terpancar pelik wajah Rafael tentang diri Zain ketika itu.

“Jangan sentuh bakal isteri aku,aku tak benarkan..,”kata-kata yang keluar dari mulut Rafael amat mengecewakan Zain.

Gerakan tangan Anisya membuatkan Rafael tersentak seketika.tanpa menghiraukan Zain,Rafael terus menyedarkan  Anisya.Kehadiran Zain seolah-olah dapat dirasai Anisya dan semangat bagi Anisya.

“Zain..zain..maafkan nisya zain..nisya bersalah..,” nama zain yang tersembul dari mulut Anisya yang sayu membuatkan Zain berlari anak menuju ke Anisya,mata anisya sedikit demi sedikit terbuka dan tangannya mencari genggaman seorang lelaki bernama Zain.Zain cuba melarikan tangannya,baginya tidak layak untuknya menggengami tangan suci Anisya kerana Anisya sudahpun tidak menjadi miliknya lagi.Zain tidak tentang akan keegoaan yang datang.Rafael terus meninggalkan perbualan mereka,Zain cuba memahami akan siapa Zain bagi Anisya.

“Zain..tolong zain..Anisya perlukan Zain..,”  tersedu tangis Anisya dengan sifat Zain yang mengelak darinya.

“Tak perlu dijelaskan lagi Anisya,Zain sedar diri Zain yang tidak seberapa ini.Zain datang sini Cuma nak ucapkan selamat tinggal untuk Anisya dan terima kasih atas segalanya..” kata-kata zain membuatkan airmata Anisya mengalir laju dipipinya.Dunia seolah-olah tiada lagi baginya,yang ada adalah hatinya yang hancur.Zain menggapai jari jemari Anisya dan menyarungkan sebentuk cincin bertatah berlian pada jarinya.Anisya cuba bangun dari katilnya tetapi gagal kerana kepalanya yang sakit dan berat.

“Zain harap Anisya dapat simpan cincin ini sepanjang hidup Nisya,ini saja yang mampu zain beri pada Nisya,” sifat rendah diri Zain yang sederhana membuatkan Anisya terus mengalir dek arus tangisnya.

Zain berjalan pulang menuju kepintu bilik wad Anisya,belum sempat Zain membuka pintu wajah bengis Encik Ismail muncul didepannya.Zain cuba mengelak dari Encik zain dan cuba meneruskan langkahnya keluar dari biliknya.Encik Ismail sempat menahan badan zain dari terus melangkah,dia tatap tajam wajah zain dengan benci dan bengis.

“Ohhhh..kau rupanya kekasih anak aku ya?Nisya,ni yang kau cinta selama ni nisya?kau buta nisya!kau pilih lelaki perangai buruk macam dia ni??!,” gertak Encik Ismail sambil memegang erat pergelangan tangan Zain tanda bencinya pada lelaki itu.

“Encik Ismail,saya bukan lelaki yang dia cintai.dia bukan milik saya lagi.Tolong lepaskan tangan saya,saya kawan dia je.Nisya tak salah,saya yang salah berkawan dengan anak orang yang salah,”mendengar kata-kata zain ‘anak orang yang salah’ tadi diakhiri dengan tamparan pada pipinya.Zain tahan saja.

“Ayahhh!! Zain tak bersalah.Nisya sayangkan Zain! Ayah tak pernah sayangkan Nisya sepertimana Zain sayangka Nisya.Nisya tak pernah rasakan kasih sayang seorang ayah daripada ayah.Ayah pentingkan diri sendiri!!..” jawab Anisya,walaupun sukar untuk dia luahkan segalanya itu tapi ditabahkannya jua perasaanya dan sakitnya demi cintanya pada Zain.

“Aku tak ada anak kurang ajar macam kau Nisya!kau dah melampau!kerana lelaki ni,kau sanggup gadai nyawa kau!,” gertak Encik Ismail sambil menunding jari kearah Anisya tanpa menghiraukan Anisya sedang sakit.Perangainya tidak ubah seperti arwah ayahnya dulu,bongkak dan pentingkan diri sendiri.Alyna dan Rafael tergamam menyaksikan.Melihat Alyna ingin menangis,Rafael cuba mendekati Alyna dan merebahkan kepala Alyna pada bahunya.Anisya menyaksikan mereka berdua berasa cemburu dan sedikit marah.

Zain tahu kenapa Encik Ismail benci sangat pada dirinya kerana aku ini anak seorang lelaki yang hampir menghancurkan hidup isterinya dulu.Encik Nizam,bapa kepada Zain telah menceritakan kepadanya pada sehari yang lepas.Abahnya berbuat demikian bukan atas kerelaan hati tapi demi maruah keluarganya.Zain telah dinasihat supaya meninggalkan keluarga Anisya demi melupuskan kenangan Encik Ismail oleh Encik Nizam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Anisya termenung jauh dibirai katilnya,hatinya yang dulu berkecai dan hancur cubanya lupakan.Tamparan cinta ayahnya cuba Anisya lupuskan dari ingatannya.

“Sayang..tak tidur lagi?dah lewat ni sayang..” suaminya cuba mengalihkan menungnya daripada kisah lalunya.kisah lalu yang penuh derita dan pahit yang pernah dia lalui.kasih sayang yang terlerai antara dua pemuda yang bernama Zain dan Rafael.

Suaminya meraih lembut tangan anisya dengan penuh kasih sayang yang dia berikan.Dia kucup tangan Anisya dengan bibirnya yang lembut itu membuaikan perasaan makin sayang pada suaminya itu.

“Abang..terima kasih kerana terima Nisya dalam hidup abang.cincin ini akan Nisya sebagai memori luka dulu..” jawab Anisya dengan perlahan.Suaminya mengucup sayang dahi Anisya,kehangat cinta dapat Anisya dari suaminya.Suaminya merangkul pinggangnya membuatkan Anisya jatuh ditilam yang empuk.

“Sorry sayang..tak sengaja..sayang..,” Zain merangkul erat badan Anisya dengan rapat.Sayangnya pada Anisya tidak terbelah bagi.Zain bersyukur kerana Allah makbulkan doanya agar hati Encik Ismail dapat menerimanya dan memaafkan ayahnya.

“sayang..abang nak anak..please..,” rengekkan Zain melemahkan Anisya.Anisya terpedaya.Zain usap rambut Anisya dengan lembut,matanya dan mata Anisya saling bertentangan.

Didalam samar-samar cahaya,Zain melepaskan segala cinta dan rindunya setelah dua tahun berkahwin tanpa hidup sebumbung.Akhirnya,zain menjadi seorang yang Berjaya dan Berjaya menambat hati Encik Ismail dengan keikhlasannya.

Kini Anisya benar-benar lemas dalam pelukan Zain,kucupan demi kucupan dapat Anisya rasainya.Badan berat seorang lelaki dapatnya rasai pabila Zain mengalihkan badannya ke atas badannya.Kasih sayang seorang suami dapatnya rasai.Anisya kini bahagia.

Alyna kini sudahpun mendirikan rumah tangga bersama Rafael,mungkin umur mereka membuatkan mereka sebati dan serasi dalam perhubungan mereka.Ayah Anisya dan Ayah Zain kini rakan kongsi membangunkan satu syarikat yang megah di Asia.

Inilah dikatakan kehidupan,norma kehidupan.Takdir dan ajal semuanya ditangan Allah.

Alahmdulillah…

No comments:

Post a Comment