Monday 30 January 2012

menangis kesepian tanpamu..by me (yati)



SEPI TANPAMU..

menangis kesepian tanpamu..
membisu aku dalam kesunyian malam..
sendiri dan hanya terdiam sendiri tanpa ungkapan..
merenung hati berbisik sepi..

ya allah..kau temankanlah aku..
kesunyian membawaku di hujung pekat malam..
merintih sendiri dalam kesepian malam..

menangis kesepian tanpamu..
semakinku hanyut dilarutan malam..
semakinku tidak pasti jalan hidupku..
mana arah tujuku tanpamu..
ku terdiam membisu..
ditemani butir jernih dipipiku..

Tersedu sepi tanpamu..
terlalu banyak aku mengharung mimpi..
kenapa ini ada padaku..
kau dan aku dulu harunginya bersama-sama tetapi kenapa kini kau yang punahi segala mimpi..
aku ingin dirimu..

sepi malam tanpamu..
jujur hatiku masih milikmu..
namun aku hanya memikirkanmu..
kian malam aku merasa kehilanganmu..
ketiadaanmu telah membuatku terpaku membisu..
aku hanya perlu dirimu di sampingku..

malam menangis tanpamu..
aku hanya inginkan kamu..
yang dulu pernah berada disisiku..
yang dulu singggah di ruang kecil..
yang dulu membuai mimpi-mimpiku..
hanya dirimu..
ya allah..kirimkannya padaku..

merintih sepi tanpamu..
kini aku cuba melupakan dirimu..
melupakan segala harapan yang berlalu..
membiarkan kenangan bersamamu..
biar aku sepi tanpamu..
asalkan kau bahagia tanpaku..
dan biarlah malam menangis kesepian tanpamu..

created by me (yati)

Saturday 28 January 2012

Baru jenguk blog lagi,BUSY!

Assalamualaikum all..


Lama dah tak update blog ni.Hari ni nak bgtau,novel tu yati tak post lagi sebab yati nak edit,kasih dia cantik dan nak bagi orang komen dulu macamna.Nak hantar ke karangkraf katakan..


Rezeki..
Kalau dah rezeki kita takkan kemana pun kan?yang penting usaha kita.sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.tiap hari nak cari ilham,kadang pergi ke tempat sunyi.kalau wat kat ruang tamu,hmmmm!alamat celaru lah otak yati nak cari ilham kat mana entah sebab my nephew nakal.kalau kite buka laptop je,nak lagu ABC and nak apa2 lah.Layan je lah.


Menulis..
hmmmm.menulis ni dah jadi hobi yati dulu lagi.dari sekolah menengah yati reka novel atau cerpen tapi kalau baca novel malas sikit.Akak yati pun suka menulis gak,mungkin dari mak kot kitaorang suka menulis.apa yang ada kat kepala tu tulist pastu edit2 je smpai dah siap.suroh orang lain baca.then,tanyalah komen diaorang.


Kerjaya..
kerjaya..susah nak cerita..cita-cita nak jadi lawyer tapi disebabkan sebab-sebab yang tertentu terpaksa jugak berkecimpung dalam bidang lain.takpe,allah menjanjikan yang terbaik untuk hambanya.hanya USAHA.


dah pagi dah ni..


GOOD MORNING AND NITE!! :)

Thursday 5 January 2012

Seribu Cinta Sheet 1



Astaghfirullahala’zim! Jam menunjukkan 5:56 pagi,aku dah terlepas suboh. Lantas aku bangun dari tempat tidur. Bagi aku,lebih baik aku buat daripada tidak buat apa-apa. Cepat-cepat aku membersihkan muka dan mengambil wuduk. Alhamdulillah ya allah,kau telah beri aku satu peluang untuk ingat kepada-Mu.
Selesai saja solat subuh,aku melabuhkan punggungku di sisi katilku sambil menghela nafas lega.

‘Insya allah..
 Insya allah..
 Insya allah you find the way..’

Deringan telefom bimbitku mengejutkan aku dari lamunanku yang tadi agak seketika.pagi-pagi buta dah hantar sms kat aku.siapa pulak yang nak minta ceramah free dari aku ni pagi-pagi ni. Kang mengantuk dia dengar aku punya bebel. Desus hatiku.

assalamualaikum.dh subuh ke?maaf ganggu pagi2 gini.just nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 21 cik adik!!. I will loving you till the end
-Dari kekasihmu dulu,Shahful”

Shahful???dia masih ingat lagi hari jadi aku??kenapa pulak dia orang pertama yang bagi ucapan hari jadi kat aku sedangkan kami berdua tiada apa-apa lagi hubungan dan dah lama tidak berhubung denganku.ajaib dunia ini! sungguh tak disangka-sangka cinta pertamaku yang sudah lama kabur dari pandangan mata dan terkubur dari hatiku masih ingat lagi hari jadi aku.shahful adalah cinta pertama aku yang tidak pernah aku lupa kenangan manis dan pahit bersamanya,cinta pandang pertama katakan tapi hampir dua tahun kami berpisah.Jodoh dan suratan sukar untuk diandaikan,kita hanya merancang tetapi Allah yang menentu.ini disebabkan dia lebih sayangkan kekasih barunya dari aku.tapi..’I will loving you till the end’ cukup memberi persoalan dan tanda tanya di minda ku sekarang,mana mungkin dia masih sayang kat aku. Apa mungkin hanya perasaan aku saja. Perasan! Tak mungkinlah dia sayangkan kau lagi raudhah! Jangan mimpi! Aku menyedarkan diri aku kembali dari memikirkan benda yang tidak patut difikirkan serta tidak masuk akal.

Pejam celik,pejam celik hari ini saat ini umur aku genap 21 tahun. Alhamdulillah sekali lagi ya allah,kau beri aku peluang untuk menikmati kehidupan di bumimu yang indah ini. Aku menghela nafas lega apabila allah yang maha esa memberi aku peluang yang sangat-sangat aku hargai. Aku rancang hari ni,aku nak tenangkan fikiran aku di tepi pantai yang indah. Aku bangun dari sisi sofa bilikku lalu membersihkan diri dan mengemas diriku dengan tema pakaian aku hari ini,’gadis pantai’ digandingkan lagi dengan selendang merah jambu sesuai dipadankan dengan bunga baju berwarna merah jambu.ketawa kecil hatiku apabila aku menggelarkan pakaian yang aku gadis pantai.




Ditepi pantai..

Seperti biasa,aku duduk di bawah pokok yang rendang tempat aku menyaksikan suasana pantai. Keriuhan budak bermandi manda dapatku dengari,tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dapatku nikmati,suasana yang damai dapatku rasai.Percutian ini sangat-sangat mendamaikan jiwaku dari kerja-kerja yang berlambak di pejabat. Walaupun percutian hanya di pulau langkawi tapi aku berterima kasih kepada majikanku kerana menghadiahkannya kepadaku sempena hari jadi yang ke 21.

“ada tiada rasa dalam jiwa..
Rindu akan memanggilmu….
Kerna setiap jiwa tlah bersumpah..
Akan setia kepadaku….”

Belum habis aku mendendangkan lagu yang syahdu nyanyian dato’ siti nurhaliza,’ketika cinta memanggil’ itu tiba-tiba aku disergah dengan satu suara garau yang betul-betul berada di belakangku Hatiku mula berdebar. Entah-entah pendatang asing dari mana entah.

“Lama tunggu zaara?? Jalan sesak tadi. Sorry darling.” Sapa pemuda itu.

Darling??? Bila masa pulak aku ada darling,abang,sayang,bucuk dan apa-apa je lah kat sesiapa. Bila pulak aku ada jemput tetamu terhormat ke sini?? Banyak persoalan yang mula berlegar diruang kepalaku. Lalu aku menoleh kebelakang dengan yakin dan berani, Mataku dan matanya benar-benar bertentangan,ditangannya membawa sekotak kotak cincin yang telah dibuka seolah-olah ingin melamarku seperi drama belanda disaat rome melamar Juliet ‘Juliet and Romeo’ Can u marry me??. Aku tersentak ketika,apa yang aku tengok adalah wajah pemuda itu tanpa melihat cincin ditangannya. Subhanallah,kacaknya pemuda ini,puji hatiku. Matanya,keningnya,hidungnya dan juga bibirnya semuanya sempurna bagiku seperti Fizo Omar sekali pandang. Tiba-tiba hatiku berdebar pabila matanya menusuk ke hati ku,menusuk tajam.

“a…a…a…awak ni siapa?”Tanya ku mengakhiri pandangan matanya yang tajam itu.

“So..so..sorry,sorry..Saya ingatkan kawan saya,Zaara. Tapi awak macam Zaara.   So..sorry..” tergagap dia menjawab pertanyaanku.

“Hmmmm..hmmm..Lain kali tengoklah betul-betul. Ni main sergah cenggini. Takpe,takpe..”jawabku sedikit kasar bagi menutup maluku yang tidak terhingga rasanya.

Tetapi matanya yang tajam itu  tidak lepas daripada memandangku membuatku aku jadi tidak keruan untuk bersuara lagi. Malunya! Dia salah oranglah,takkanlah ada pemuda yang nak kat aku ni,desus hatiku berkata. Pandangan matanya yang merenung tidak dapatku nafikan terus mengalir ke dalam lubuk hatiku. Astaghfirullahalazim!  Aku bingkas bangun dari tempat dudukku dan bersedia untuk melangkah meninggalkan pemuda itu. Tapi langkahku terhenti apabila pemuda itu memanggilku cik,aku berhenti tanpa memandang pemuda itu.

“ada apa lagi yang boleh Bantu??,”jawabku ringkas.

“once again,im sorry about that..and..”,belum habis lagi pertanyaanya,lantas aku menyambung.

“never mind. Its ok. Assalamualaikum”,jawabku lalu mengorak langkah pulang ke resort.
Mahu saja aku memandang lagi wajah lelaki tapi disebabkan keegoaanku,ku lepaskan saja ia berlalu.

“cik!!” panggil pemuda itu sekali lagi.

“cik raudhah!! Im sorry!!”

Hah?? Dia tau nama aku pulak??aku kenal dia ke??persoalan demi persoalan berlegar-legar dalam kepalaku.ahh! malaslah aku nak layan dia ni,ntah sapa lah dia ni aku nak layankan.

Semakin pantas kakiku melangkah menuju ke resort. Bagiku,tiada gunanya aku berkawan dengan pemuda seperti itu lebih-lebih lagi aku bekerja hanya seorang kerani di sebuah syarikat.

Deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Nombor yang tertera pada screen telefon langsung tidakku kenali

“Assalamualaikum. Sape ni??”,tanyaku perlahan.

“Cik Raudhah ke??”,Tanya pemanggil itu kepadaku. Suara itu amatku kenali sewaktu di pantai tadi. Pemuda tadi ke ni?? Mana pulak dia dapat nombor aku???

Bersambung..

Seribu Cinta Sheet 3

Rizuan?? Patutlah dia tergesa-gesa macam lipas kudung je tadi,memang dia handsome pun tak dapat dinafikan langsung. Sedang Rizuan menyampaikan ucapan,matanya seolah-olah memandang tepat ke mataku. Apakah perasaanku saja ni tapi memang betullah. Bangun raudhah! Mane lah dia tengok kau! Gerak hatiku.
Bagi menutup maluku pada Rizuan,aku segera meninggalkan majlis tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi.

Ditepi pantai..

Angin yang berlagu sepi meniup selendangku membuatkan hujung selendangku terbang dibuai angina dan kubiarkan saja. Tiba-tiba aku teringatkan akan mak dan ayahku dikampung,keluargaku bukanlah berada mana pun cukup-cukup makan asalkan halal. Mak dan ayah mengusahakan sebuah kedai makan dan kedai runcit yang kini agak maju memandangkan kedai kami adalah salah satu kedai terbesar di kampung itu. Masihku ingat lagi,hubunganku dengan shahful kekasih pertamaku dikampung dulu. Hubungan yang tidak sampai kemana terhenti ditengah jalan pabila pihak ketiga cuba merampas hati shahful daripadaku. Bila ku ingat-ingat lagi,pedih dan geram dibuatnya. Kalau mama shahful tidak mendengar hasutan pihak ketiga dulu,mungkin sekarang aku bahagia bersama shahful. Tidak dinafikan hatiku pada shahful masih padanya lagi,tidak dapatku buang perasaan ini. Aku hargai ya allah.

Sehingga sekarang aku sukar untuk menerima sesiapa untuk menakluk hatiku pada shahful kecuali Allah. Semenjak kejadian itu,pihak ketiga itu cuba menghasut mak dan ayahku yang mengatakan aku tidak suci lagi kerana kesucian itu sudah pada shahful. Hatiku berkecai pabila shahful tidak menafikan semua itu,aku hairan mengapa shahful berbuat begitu padaku dan tergamak melihat aku derita dan sedih. mak dan ayahku turut tidak mempercayaiku hanya kerana aku tiada kesucian lagi dan memalukan maruah keluargaku. Cerita pasal maruah kesucianku hanya allah yang tahu. Kerana itu juga,aku melarikan diri ke kuala Lumpur bagi menutup malu keluargaku dan mencemarkan perniagaan mak dan ayahku. Sampai sekarang aku masih sendiri tanpa bertemankan mak ayah di sisiku. Tiba-tiba butir-butir jernih mengalir dipipiku. Dalam hatiku berdoa pada-Nya,ya allah..kuatkan iman dan kesabaran dalam menghadapi dugaanmu ini ya allah. Aku hilang kasih sayang dari seorang kekasih dan mak ayahku,tiada tempat untukku megadu selain Allah yang maha esa. Terima kasih Ya Allah. Makin deras airmataku mengalir.

“Assalamualaikum,u sedih ke?”,sapa Rizuan. Cepat-cepat aku mengelap airmataku dengan lengan bajuku bagi menyembunyikan kesedihanku dan terpaksa melepaskan satu senyuman pada Rizuan.

“cantik awak hari ni,pertama kali I tengok u bagi snyuman u kat i. Manis sangat,amalkan selalu k?” sambungnya lagi.

Aku mengucupkankan kembali senyumanku tadi yang agak kecil. Bila masa pulak aku boleh bagi senyuman kat dia ni?? Aku perlu bertegas pada lelaki,jangan sampai dia naik kepala. Tegasku lagi.

Tiba-tiba kancing tudung ku terlepas dari kain selendangku membuatkan selendangku dibuai angin. Rizuan lantas mengutip kancing tudungku dan cuba mengatur kembali pada selendangku. Aku ketawa kecil,mana ada org letak kancing tudung kat bahagian telinga. Ape lah dia ni,nak tolong tapi salah tempat. Semacam bunga kembang je kancing yang dia letak tu.

“Kenapa u letak kat telinga i?? u ni tak pernah tengok orang bertudung ke??” tanyaku.

“Aikkk! Bukan kat telinga ke?? Kalau free hair pun letak kat telinga. Sweet whats?? Laaa..senyum camni kan cantik.” Tanya nya lagi sambil menyelitkan pujian terhadapku. Manalah aku cantik sangat berbanding orang kat luar sana. Apalah mamat ni.

“Tu tak bertudung. Lainlah i. terima kasih ‘penolong pengurus’. U ikut I erk? Kat situ ada I,mesti u ade jugak??”,tanyaku agak kasar tanpa menghiraukan pangkatnya di Pulau ini.

“Sebab hati u kat hati I,hati I ada GPS tau dapat mengesan mana u berada. Awas tau,kalau u lari.” Terangnya sambil ketawa yang menampakkan lesung pipitnya. Handsomenya dia,subhanallah.

“Dan sekarang pantai yang indah menjadi saksi..i nak melamar u. I tak pernah jatuh cinta selain u.”,kata-kata yang rizuan sambung mengelukan lidahku. Serius ke dia ni? Ntah-ntah mainan dia je. Ya Allah,apa yang perlu aku buat?

Bersambung..

Wednesday 4 January 2012

Seribu Cinta Sheet 2

“Cik Raudhah??Awak ke tu??”,pertanyaannya membuat lamunanku terhenti.
                                                               
“Yes,Raudhah speaking. Who are you??,”pintal ku lagi.

“Saya lelaki yang kat pantai tadi tu. Awak ada hilang barang tak semalam???”,lelaki itu mengaju soalan kepadaku.Barang??barang ape pulak? Ade ke?

“Kalau awak nak tau barang tu,kita jumpa kat café depan resort k?barang tu penting sangat bagi awak. Saya tunggu tau!!”, Jelasnya panjang.

“Barang apa pulak??”,belum habis aku menghabiskan pertanyaanku,telefon sudah pun diletak. Arrgggggghhh! Apa pulak ni??? Barang?? Barang apa pulak?? Marahku sambil membongkar beg yang aku bawa ke pantai tadi.

Di café..

Dari jauh pandangannya terhadapku dapatku kurasai. Kalau tidak kerana ‘BARANG PENTING’ aku takkan jumpa mamat ni. Kacak tapi berlagak speaking mat salleh ngn aku. Egoku memang tidak dapat ku buang,memang azali dan sebati dalam diriku.
Dan dari jauh dapatku lihat wajah tampannya yang memukau setiap wanita di pulau langkawi ini. Dia ni seorang yang kemas,rapi dan verstyle. Dengan perlahan aku melangkah ke mejanya.

“Assalamualaikum..barang saya mana???”,Tanyaku dengan penuh keegoan. Bagiku lelaki tidak dapat dibagi muka sangat,naik kepala jadinya.

“kot ya pun cik raudhah,duduklah dulu. Sembang-sembang,kenal. I know today is yours birthday right? Be happy. You are beautiful lady,all here have a lot of man you unknown. Let me protect you,”jawab nya panjang dengan mat sallehnya itu. Mamat ni nak penembak aku ke berlagak sombong camni.nak kena ni! Desus hatiku,marah. Birthday???dia tau jugak?? Mana pulak dia tau ni. Dunia ni banyak rahsia betullah,desusku lagi. Biarlah!

“takpe..saya dah besar dan boleh jaga diri sendiri dan saya ada kaki sendiri untuk berjalan. Barang saya mana?pulangkan balik barang saya tu.”jawabku ringkas. Kalau mamat ni tak sombong,memang aku nak kat dia tapi ni sombong nak mampu lah. Geramnya aku!!

Tetapi matanya tetap memandang aku dengan tajam sekali. Kadang-kadang aku terasa kekok dan tak tentu hala dibuatnya.

“Tapi susahlah nak pulangkan balik..sebab kat pantai tadi hati u yang tertinggal kat i. camne nak pulangkan balik???,”Tanya nya dengan muka slumber sambil menapakkan telapak tangannya ke dadanya tanda hatiku pada hatinya. Senyumannya yang sederhana menampakkan lesung pipi sebelah kanannya. Awesome!! Jerit hatiku.

“Ahhh! Ye lah engkau punye hati. Hati aku masih ada lah,hati aku tak pandai jalan pegi mana-mana pun. Takkan terpikat pun pada siapa-siapa. Hati I,I tau lah. Malas nak layan. Bye!”,jawabku dengan sedikit keegooan dan sombong.

“bye raudhah!! See u preety!!,”laungnya dari jauh. Kaki ku lantas melangkah menuju jalan pulang dengan hati yang berdetak kencang. Ya allah..kau kuatka imanku..aku terlanjur cinta pandang pertama pada nya. Astagfirullahal’azim. Ucapku sendiri.

Keesokan harinya..

Selesai saja mengemas tempat tidur dan mandi,aku menyiapkan diri untuk makan angin sambil menhirup udara segar nian pagi tepian pantai. Pasti segar!! Puji hatiku.

Subhanallah ya allah,ciptaan kau cukup indah. Pada mataharinya,pantainya,airnya yang tak pernah lupus. Angin yang kau cipta membuatku segar serta merta pabila ku hirup dan ku hembus. Aku bersyukur menjadi hamba-Nya. 

Tiba-tiba aku teringat akan pemuda pantai yang ku temui tempoh hari,bila ku fakir-fikirkan sangat pelik dan aneh. Macam mana pulak dia tau nama aku,sedangkan aku tak pernah sekalipun memperkenalkan diriku pada pemuda itu. Aneh dan cukup aneh. Macam cerita dongeng lah pulak,dia ada magic ke?? Hihihi. Ketawa kecilku.

“ehemmmm…ketawa sorang-sorang ke?? Demam ke hari ni ketawa sendiri,tak ajak I pun?,” satu suara yang selalu ku dengar kebelakangan ini. Ohhh. Rupanya pemuda pantai yang aku ingat tadi. Dia ni macam belangkaslah,di situ ada aku mesti dia ada jugak. Kalau dia ada,mesti aku ada. Desus hatiku.

“ehem je? Salam tak da ke? Taupun u non muslim? Takda adab langsung nak tegur orang?,”jawabku selamba sambil tokok tambah ceramah pagi untuk pemuda itu.

“Asslamualaikum cik raudhah. Sorry. I tengok u ketawa kecil,I tegor la.” Pintalnya lagi. Mana ‘mamat salleh tak jadi’ ni tau nama aku?? Aku pelik lah dengan orang sekarang. Takkanlah information aku pun dia nak ‘hacker’.yang mamat ni sekejap I dan u,sekejap awak saya,mana satu ni?? Lagi lah pelik dia ni. Dia nak aku speaking lagi ke?ambik kau!

“I nak tanya u sikit boleh??,”aku memulakan pertanyaanku daripada mendengar lagaknya. Rimas! Pemuda pantai itu lantas mengangguk tanda mahu mendengar pertanyaanku dan bersedia untuk menjawab.

“Kenapa u selalu ikut i?? kat situ ada I,u mesti ada jugak. U spy sape? I hairanlah,”Tanya ku sambil membuatkan wajahnya tersenyum tiba-tiba. Alahai mamat ni,soalan aku manis sangat ke dia nak senyum kat aku.

“garangnye cik kak. Sini kat public area,semua orang boleh pegi sini. Jalan-jalan,dating-dating dan mandi-manda. Takkan I jalan pun tak boleh kot?” jawabnya dengan yakin. Alamak! Soalan apa yang bagi ni?? Betul jugak yang dia cakap ni. Public area,semua orang kat sini. Mungkin hanya kebetulan dia jalan-jalan dan jumpa aku? Malu nya!

“kenapa tunduk? Tak yah malu lah. Lain kali tulis skrip dulu nak Tanya ye? Tulis kat tapak tangan ke. U dah sarapan ke ni? Meh I belanja.”sambungnya lagi dengan wajah yang sangat-sangat slumber dan tenang. Aku kena lagi dengan mamat ni.

“Satu lagi nak Tanya. Macam mana u tau nama i?? I tak pernah bagitau u pun kan?,”tanyaku bertalu-talu bagi menutup maluku dengan soalan yang pertama tadi.

“Sebab I mimpi malam tu,mimpi berjumpa seorang puteri bunian yang bernama Raudhah. So,now I call u Raudhah cos u like a women in my dream. Beauty and sweet. I let u know,im rizuan,” Jawabnya dengan jawapan yang agak tidak masuk di akal fikiran.

Deringan telefon Rizuan membuatkan perbualan antara kami tergendalan sampai disitu.

“I have to go! Bye raudhah,”katanya sambil melambaikan tangan kepadaku tanda selamat tinggal dan tergesa-gesa seperti ada hal lebih mustahak. Aku membiarkan rizuan pergi meninggal aku. Hatiku masih berdebar-debar,apakah ini ya allah..

Jam menunjukkan 7.30 pagi,aku lupa pada program hari ini ingin menghadiri majlis ulang tahun yang ke 20 tahun pulau langkawi hari ini. Aku melantaskan langkahku dengan sedikit tergesa-gesa. Cerita kawan sepejabatku anak pemilik resort pulau ni kacak orangnya. Tak sabar rasanya!

Aku mengemaskan diriku dengan cepat dan mecalitkan sedikit lipstick pada bibirku yang agak kering. Ini rutin make up ku setiap hari calitan lipstick yang kurang terang tetapi aku mencantikkan diriku dengan style tudung yang agak trendy. Kesimpulannya,aku seorang yang ‘simple’.

Setibanya aku dimajlis ulang tahun itu,tercari-cari aku pada si Rizuan sebab bagiku kalau ada aku kat majlis ni pasti ada juga dia dekatku. Batang hidung pun tak nampak?? Mana dia ni?? Mungkin ada masalah kot dengan girlfriend dia. Menyendiri lagi lah aku jawabnya. Hmmmm!

Acara telah pun bermula,aku mencari kerusi kosong dan tempat duduk yang strategic bagi memudahkan aku melihat wajah anak pemilik resort ini yang dikatakan kacak orangnya. Aku duduk sini jelah! Desusku pabila seorang orang tua yang menolakku kesini dan kesana,kesitu tak boleh dan kesana pun tak boleh.

 “Terima kasih kepada pengurus resort yang sebentar tadi memberi sepatah dua kata sempena ulang tahun resort ini. Terima kasih. Seterusnya kita mempersilakan dengan segala hormatnya anak kepada manager resort di pulau langkawi ini,merangkap penolong pengurus bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan…” suara pengerusi majlis itu dapatku dengar dengan jelas mempersilakan anak kepada manager resort. Ini yang ku nanti-nantikan,aku nak tengok betul ke yang kawan aku cerita tu. Pengerusi ni pulak tatabahasa tunggang langgang. Be serious la. Bisik hatiku.

Aku memanjangkan leherku untuk melihat siapakah gerangan penolong CEO resort pulau langkawi yang kacak. Aku terkesima tiba-tiba apabila melihat pemuda yang sangat aku kenali rupanya anak seorang pengurus dan merangkap penolong pengurus. Suara yang selalu terngiang-ngiang ditelingaku..ialah dia???

Bersambung…

Ini kisah saya!

ASSLAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...:)


Ni blog baru yati,dulu2 ada buat tapi main2 je masa tu. yang ni serious,mcm org bercinta gak dulu main2 karang dah serius dah. kat blog ni khas untuk nukilan-nukilan dan karya-karya yati contohnya novel cinta bagi yang bercinta,motivasi untuk korang dan kata pendeknya,nak berdakwah mcam Nabi kita. Karang zaman dah canggih kan,apa salahnya kita pulak guna kecanggihan dunia tu dengan sebetol-betolnya kan? Insya Allah..:)


Penulis dan pakar motivasi adalah salah satu cita-cita yati. tiap malam baca fakta,even fakta tu lucu dan pelik. gelak sorang2 dalam bilik sampai kena hentam kat mak. mak yati tegas orangnya,banyak rule yang perlu di ikut. xdapat salah sikit tau,mesti dia bagi ceramah kat kitaorang sampaikan kakak and abang yang dah kawen tu pun kena jugak.Yati bongsu,lum kawen lagi pun kena gak tapi terok lagi. hehehe:). tapi mak baik,dialah ratu hatiku dan dia lah selalu memotivasikan diri dikala duka dan senang. My mom single mother,yati bangga sangat dapat mak camtu. Dari kecik smpai berjaya dia bela kitaorang. karang,alhamdulillah. Love my mom so much.dialah idolaku,DAYANG SETIA.siapa tak kenal dia.hihi.


Panjangnya dah cerita yati kan,cerita pasal nama blog ni. ni nama komersial je. sempena nama anak buah yati "batrisya",irdina pulak nama pelakon dalam novel cinta. hihi:). Peminat novel katakan,peminat cerita korea comedy. banyak sangat dh koleksi cerita kat rumah,kalau nak pinjam,boleh. Dialu-alukan.


OK lah,mukaddimah dah habis dah! 


Wassalam!