Thursday, 5 January 2012

Seribu Cinta Sheet 1



Astaghfirullahala’zim! Jam menunjukkan 5:56 pagi,aku dah terlepas suboh. Lantas aku bangun dari tempat tidur. Bagi aku,lebih baik aku buat daripada tidak buat apa-apa. Cepat-cepat aku membersihkan muka dan mengambil wuduk. Alhamdulillah ya allah,kau telah beri aku satu peluang untuk ingat kepada-Mu.
Selesai saja solat subuh,aku melabuhkan punggungku di sisi katilku sambil menghela nafas lega.

‘Insya allah..
 Insya allah..
 Insya allah you find the way..’

Deringan telefom bimbitku mengejutkan aku dari lamunanku yang tadi agak seketika.pagi-pagi buta dah hantar sms kat aku.siapa pulak yang nak minta ceramah free dari aku ni pagi-pagi ni. Kang mengantuk dia dengar aku punya bebel. Desus hatiku.

assalamualaikum.dh subuh ke?maaf ganggu pagi2 gini.just nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 21 cik adik!!. I will loving you till the end
-Dari kekasihmu dulu,Shahful”

Shahful???dia masih ingat lagi hari jadi aku??kenapa pulak dia orang pertama yang bagi ucapan hari jadi kat aku sedangkan kami berdua tiada apa-apa lagi hubungan dan dah lama tidak berhubung denganku.ajaib dunia ini! sungguh tak disangka-sangka cinta pertamaku yang sudah lama kabur dari pandangan mata dan terkubur dari hatiku masih ingat lagi hari jadi aku.shahful adalah cinta pertama aku yang tidak pernah aku lupa kenangan manis dan pahit bersamanya,cinta pandang pertama katakan tapi hampir dua tahun kami berpisah.Jodoh dan suratan sukar untuk diandaikan,kita hanya merancang tetapi Allah yang menentu.ini disebabkan dia lebih sayangkan kekasih barunya dari aku.tapi..’I will loving you till the end’ cukup memberi persoalan dan tanda tanya di minda ku sekarang,mana mungkin dia masih sayang kat aku. Apa mungkin hanya perasaan aku saja. Perasan! Tak mungkinlah dia sayangkan kau lagi raudhah! Jangan mimpi! Aku menyedarkan diri aku kembali dari memikirkan benda yang tidak patut difikirkan serta tidak masuk akal.

Pejam celik,pejam celik hari ini saat ini umur aku genap 21 tahun. Alhamdulillah sekali lagi ya allah,kau beri aku peluang untuk menikmati kehidupan di bumimu yang indah ini. Aku menghela nafas lega apabila allah yang maha esa memberi aku peluang yang sangat-sangat aku hargai. Aku rancang hari ni,aku nak tenangkan fikiran aku di tepi pantai yang indah. Aku bangun dari sisi sofa bilikku lalu membersihkan diri dan mengemas diriku dengan tema pakaian aku hari ini,’gadis pantai’ digandingkan lagi dengan selendang merah jambu sesuai dipadankan dengan bunga baju berwarna merah jambu.ketawa kecil hatiku apabila aku menggelarkan pakaian yang aku gadis pantai.




Ditepi pantai..

Seperti biasa,aku duduk di bawah pokok yang rendang tempat aku menyaksikan suasana pantai. Keriuhan budak bermandi manda dapatku dengari,tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dapatku nikmati,suasana yang damai dapatku rasai.Percutian ini sangat-sangat mendamaikan jiwaku dari kerja-kerja yang berlambak di pejabat. Walaupun percutian hanya di pulau langkawi tapi aku berterima kasih kepada majikanku kerana menghadiahkannya kepadaku sempena hari jadi yang ke 21.

“ada tiada rasa dalam jiwa..
Rindu akan memanggilmu….
Kerna setiap jiwa tlah bersumpah..
Akan setia kepadaku….”

Belum habis aku mendendangkan lagu yang syahdu nyanyian dato’ siti nurhaliza,’ketika cinta memanggil’ itu tiba-tiba aku disergah dengan satu suara garau yang betul-betul berada di belakangku Hatiku mula berdebar. Entah-entah pendatang asing dari mana entah.

“Lama tunggu zaara?? Jalan sesak tadi. Sorry darling.” Sapa pemuda itu.

Darling??? Bila masa pulak aku ada darling,abang,sayang,bucuk dan apa-apa je lah kat sesiapa. Bila pulak aku ada jemput tetamu terhormat ke sini?? Banyak persoalan yang mula berlegar diruang kepalaku. Lalu aku menoleh kebelakang dengan yakin dan berani, Mataku dan matanya benar-benar bertentangan,ditangannya membawa sekotak kotak cincin yang telah dibuka seolah-olah ingin melamarku seperi drama belanda disaat rome melamar Juliet ‘Juliet and Romeo’ Can u marry me??. Aku tersentak ketika,apa yang aku tengok adalah wajah pemuda itu tanpa melihat cincin ditangannya. Subhanallah,kacaknya pemuda ini,puji hatiku. Matanya,keningnya,hidungnya dan juga bibirnya semuanya sempurna bagiku seperti Fizo Omar sekali pandang. Tiba-tiba hatiku berdebar pabila matanya menusuk ke hati ku,menusuk tajam.

“a…a…a…awak ni siapa?”Tanya ku mengakhiri pandangan matanya yang tajam itu.

“So..so..sorry,sorry..Saya ingatkan kawan saya,Zaara. Tapi awak macam Zaara.   So..sorry..” tergagap dia menjawab pertanyaanku.

“Hmmmm..hmmm..Lain kali tengoklah betul-betul. Ni main sergah cenggini. Takpe,takpe..”jawabku sedikit kasar bagi menutup maluku yang tidak terhingga rasanya.

Tetapi matanya yang tajam itu  tidak lepas daripada memandangku membuatku aku jadi tidak keruan untuk bersuara lagi. Malunya! Dia salah oranglah,takkanlah ada pemuda yang nak kat aku ni,desus hatiku berkata. Pandangan matanya yang merenung tidak dapatku nafikan terus mengalir ke dalam lubuk hatiku. Astaghfirullahalazim!  Aku bingkas bangun dari tempat dudukku dan bersedia untuk melangkah meninggalkan pemuda itu. Tapi langkahku terhenti apabila pemuda itu memanggilku cik,aku berhenti tanpa memandang pemuda itu.

“ada apa lagi yang boleh Bantu??,”jawabku ringkas.

“once again,im sorry about that..and..”,belum habis lagi pertanyaanya,lantas aku menyambung.

“never mind. Its ok. Assalamualaikum”,jawabku lalu mengorak langkah pulang ke resort.
Mahu saja aku memandang lagi wajah lelaki tapi disebabkan keegoaanku,ku lepaskan saja ia berlalu.

“cik!!” panggil pemuda itu sekali lagi.

“cik raudhah!! Im sorry!!”

Hah?? Dia tau nama aku pulak??aku kenal dia ke??persoalan demi persoalan berlegar-legar dalam kepalaku.ahh! malaslah aku nak layan dia ni,ntah sapa lah dia ni aku nak layankan.

Semakin pantas kakiku melangkah menuju ke resort. Bagiku,tiada gunanya aku berkawan dengan pemuda seperti itu lebih-lebih lagi aku bekerja hanya seorang kerani di sebuah syarikat.

Deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Nombor yang tertera pada screen telefon langsung tidakku kenali

“Assalamualaikum. Sape ni??”,tanyaku perlahan.

“Cik Raudhah ke??”,Tanya pemanggil itu kepadaku. Suara itu amatku kenali sewaktu di pantai tadi. Pemuda tadi ke ni?? Mana pulak dia dapat nombor aku???

Bersambung..

No comments:

Post a Comment