Friday 13 April 2012

Ukiran Cinta ON AIR!


Cerpen ni diadaptasikan dari sebuah kisah benar seorang hamba Allah yang sudi berkongsi masalah dengan saya.Terharu sangat bila dengar cerita dia.


Wait ok!!!


Assalamualaikum...


Indahnya sinar pagi membuatku terasa segar dan dibuai angin lalu.Azyana Yasmeen nama yang indah yang diberi oleh datukku ini tetapi tidak padan dengan keindahan nama ini.Pegangan agamaku yang tidak seberapa dan sedetik saja ingin bertaubat masih lagi berpura.Lamunanku terhenti apabila saudaraku,Arisya menyergahku dari belakang.Terkejut juga aku.
“Amboi engkau..termenung pulak dah?Haii..bila masa pulak pandai termenung ni dengan gaya kau yang rock tu,”kata-kata Arisya itu sedikit mengecilkan hatiku.Ku tahankan saja.
“Woiii,kau kata aku rock??Fulamak,ngata aku ye??aku tak guna tudung je lah tp tak rock tau.Aku masih perempuan,” ketawaku mengakhiri jawapanku.
“Jomlah,kita pergi ke rumah Jazle Hakim.Ala,anak bini atok kita yang ketiga tu.Aku minta ole-ole hari tu,” ajak Arisya lantas menarik tanganku dengan cepat.Aku tidak dapat mengelaknya lagi.
Berbalik pada kisah atok aku dulu,orang zaman dulu-dulu memang suka kahwin sampai empat.Sunnah Nabi lah katakan,sekarang ni,kalau lelaki nak kahwin baru,dikatakan gatal tapi padahal semuanya bersebab.Aku pun tak pernah tengok uncle aku yang sorang ni,tiba-tiba je Arisya ajak aku jumpa dia.

………………………………………………………………………………………………………..
Setiba saja dirumah pak cik Jaz,aku sedikit terpana,rupa-rupanya dia muda lagi dari aku tetapi orangnya memang boleh tahan gayanya.Sesiapa saja boleh terpikat akan ketampanannya.Dari dulu,aku yang tidak pernah bertegur sapa dengannya mula dulu pun,ingin aku kenal lebih dalam dengan pak cik ku ini.
Aku tersipu malu bila berhadapan dengan Jaz,malu yang tidak pernah aku rasakan tapi aku terpaksa juga buang perasaan itu kerana dia adalah merangkap ‘pak cik’ aku.Oh no!!Please!!
Memandang wajah Jaz,hatiku mula berdebar.Matanya seolah meresap ke dalam hatiku,begitu tusuk ke dada.
Selesai saja makan malam bersama keluarga Opah Zainab iaitu bini atok aku yang ketiga,Arisya mengajak aku berbual disitu.Aku seolah-olah kena pukau dengan ajakan Arisya,itu kerana aku memang sudah kena pukau ketampanan Jazle Hakim.
“Tidur sini kau 2 malam ni ok?Opah dan Uncle Jaz kau sunyi kat rumah ni.Temankan nenek.Boleh lah ek?,”rayu Opah Zainab.Opah ajak pulak??Bagi aku,aku sangat sangat sangat ok bila nak tidur sini.Gelak hatiku.
“Ok gak tu opah.Isya pun rindu sangat ngan opah.Boleh kan Azyana?,” kata Arisya sambil memeluk opah.
Aku mengangguk cepat.Sebenarnya,apa yang fikirkan adalah Jazle Hakim yang sedang enak dibenak minda aku sekarang.Alangkah bahagianya aku,jika Jazle Hakim menjadi kepunyaanku untuk selamanya.Kalau tak pun.jadi kekasih sekejap pun daj cukup bagiku.Amboi, Azyana Yasmeen!Berangan lebih!gertak hatiku.

……………………………………………………………………………..
Jam menunjukkan 12:30am,mataku masih segar walaupun sudahku dodoikan dari tadi.Mana tidaknya,Jazle Hakim sentiasa berlegar diruang kepalaku.Angau rupanya aku ni?Ketawa kecil hatiku.
Tekakku mula haus,aku terus melangkahkan kakiku kedapur sambil bibir mengukir senyuman yang sangat indah dimata sesiapa.Tidak pernah pulak aku rasakan sebegini.
Tiba-tiba,asyik aku mengorak langkah ke ruang dapur,aku terdengar sesuatu yang menyeramkan sepertinya pintu bilik stor terbuka sendiri.Apalagi,meremang bulu romaku dibuatnya.Kerana kehausan,aku gagahkan juga kakiku menghampiri peti sejuk.Cepat-cepat aku meneguk air yang ku tuangkan tadi.
Setelah minum air,aku berlari anak ke bilik tidur,sedang aku melangkah sekali lagi aku terdengar satu suara yang amat aku kenali dan yang amat aku kenali berdehem panjang.Suara yang membuatkan aku tergila-gila hanya dalam sekelip mata.Aku kenal suara ni!!
“Azyana Yasmeen..Sini kejap borak dengan saya,” terkesima aku dibuatnya,suara milik Jazle Hakim memanggilku Dia yang sedang duduk tenang di atas kerusi rehat memandang tepat pada diriku.Hatiku mula berdebar.
“Paksu,belum tidur lagi ke?,” tanyaku dengan nada yang sedikit gagap.Sebelum ni,tak pernah pulak aku seelok ini bila bercakap dengan lelaki.Angau nya aku!
“Azyana Yasmeen,please don’t call me Paksu.Just call me Jaz,” balasnya dengan senyuman dengan membahasakan dirinya Jaz.Tentu kekok rasanya!
Aku melabuhkan punggungku ke atas kerusi yang berhadapan dengan Jazle Hakim apabila di menjemputku untuk menemaninya seketika.
“Jaz nak bagitahu something kat Azyana,Jaz tak nak berselindung lagi dan tak pandai berselindung.Sejak kali pertama Jaz melihat Azyana…Jaz rasa dah..dah..,” tersekat-sekat kata-katanya membuatkan aku ingin tahu seterusnya.Suspen pulak ko ni!
“dah apa?”
“I fall in love with u.Hmmm..I’m Sorry Azyana,” pada masa tu,memang aku nak jerit sekuat-kuat hati pabila hatiku juga sama dengan hatinya.
“No,I love u too,” spontan kata-kata itu keluar daripada mulutku tanpa menghiraukan dia adalah Pak Su aku sendiri.
“Really?Yesss!So,sekarang Azyana Yasmeen milik Jazle Hakim!,” jeritnya dengan nada yang rendah.Pandai jugak dia ni kawal vocal dia!Gertak hatiku.

………………………………………………………………………
Hadirnya Jaz dalam diriku membuatkan hari-hariku bersinar terang dan terus berkilau.Kami saling menyayangi antara satu sama lain.Sayangku pada dirinya tidak dapat aku hindarkan,perasaan cinta juga begitu deras mengalir dalam darahku serta rasa rinduku turut terbuai.
Daripada hari tu juga,aku sering pergi ke Perak untuk berjumpa dengannya Jaz.Mana tidaknya,seminggu ku rasakan setahun aku tidak berjumpanya.Terlalu mendalam sayang dan rinduku padanya.Hanya dia saja dihatiku.
Suatu hari tu,Jaz menjemputku di terminal bas.Terasa penat yang amat sangat,mana tidaknya perjalanan dari Kuala Lumpur bukannya dekat.Jaz pula sangat memahamiku,bila melihat muka yang masam tandanya aku kepenatan dan semua benda aku tak nak buat.
Sebulan hubungan kami berdua sudah memadai untuk mengenali hati budi dan perangai masing-masing.Yang menjadi masalah besar adalah ahli keluarga aku dan keluarganya.Dia adalah paksu aku,boleh kah hubungan ini kami teruskan?Aku termenung seketika didalam kereta Jaz.
“Termenung jauh Nampak,anything?,”tanyanya dengan lembut.Aku hanya diam dan menggelengkan kepala.
“Opah tak ikut sekali ke tadi?,” tanyaku bagi menukar tajuk perbualan kami tadi.
“Azyana tak tahu ke?Opah bermalam dirumah Nek timah semalam,katanya ada kenduri,” jawabnya sambil membawa tenang kereta yang Jaz pandu.Nek Timah adalah isteri atok yang keempat,banyak sangat nenek,kadang-kadang keliru jugah.haha!
“Bulan depan,Azyana nak sambung belajar tau.Ambik degree pulak,dah penat kerja macam ni.Belajar lagi best!,” terangku kepada Jaz dengan tiba-tiba membuatkan Jaz berkerut dahi dan menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.
“Alalala..merajuk pulak dia.ok sayang..I always support you,” katanya memujuk aku kembali bila melihat aku berubah wajah tanda marah padanya.

…………………………………………………………………………..
Selesai saja membersihkan badan dan muka,aku terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Terasa sunyi rumah Opah Zainab bila opah tiada,kalau opah ada mesti aku sedang gelak ketawa bersamanya menonton cerita lama dulu.
Dari jauh ku lihat,susuk badan Jaz sedang melayari internet disofa,aku biarkan saja kerana kepenatan yang teramat.Malas untuk berbual dengannya.
“Amboi sayang,tak tegur Nampak?,” sapa Jaz kepadaku melihat aku tidak menegurnya sebentar tadi.Aku hiraukan saja kata-katanya.
Melihat aku tidak melayan kata-katanya,Jaz pun menghampiriku dan terus duduk disebelahku.Aku hairan dan aku hiraukan saja Jaz.
Jaz mula merangkul pinggangku,saat itu aku rasa hangatnya kasih sayang Jaz padaku.Jaz membisikkan ketelingaku bahawa dia sangat-sangat mencintaiku.Aku tersenyum sipu dengan kenakalan Jaz,walaupun umurnya muda dariku tetapi dia matang bagiku.
Malah aku membalas pelukannya tadi.Matanya yang nakal mengeyit ke arahku,membuatku tidak keruan lagi.Imanku mula goyah,malam itu berlakulah hubungan yang intim antara kami berdua.Kerana nafsuku yang tidak dapat dibendung,aku rebah dek tamparan nafsu yang kuat.
Pada malam itu juga aku merasakan malam yang sungguh bahagia dan damai.Terasa bagi dunia adalah milik kami berdua.Aku terbuai lena dalam pelukannya.

…………………………………………………………………
Setiap kali aku kerumahnya dan ketiadaan orang dirumah Jaz,kami mula memadu asmara sesama sendiri tanpa menghiraukan halal atau haram.Bagiku,tiada guna untukku menyesal atas perbuatanku kerana ini adalah sifatku dan sukar untukku tebus lagi dosa itu.Cinta aku dan Jazle Hakim membuaikan hari-hariku dengan penuh senyuman dan kebahagiaan,tentang kahwin langsung tidak aku fikirkan kerana itu akan melelahkan kepalaku berfikir tidak menentu.Lebih baik aku begini saja,desusku.
Sehinggalah hari itu,sedang asyik aku dan Jaz berpegangan tangan,diketahui oleh Opah Zainab.Opah sangat marah dan tidak menyangka apa yang dilihatnya itu,Opah Zainab membuat keputusan untuk memberitahu keluargaku akan….

Bersambung..dan episode akhir esok!